Tempuh perjalanan 250km demi Malaysia #QuranHour

Walaupun berkerusi roda, Masnah sanggup datang dari Batu Pahat, Johor semata-mata untuk menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
Walaupun berkerusi roda, Masnah sanggup datang dari Batu Pahat, Johor semata-mata untuk menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang peserta Malaysia #QuranHour kali ke-9 sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 250 kilometer (km) dari Batu Pahat, Johor semata-mata untuk menghadiri majlis agama berkenaan.

Suri rumah, Masnah Hamim, 71, berkata, dia tidak mahu mensia-siakan waktu yang ada dengan mendalami ilmu agama.

“Walaupun keadaan fizikal saya berkerusi roda, ia sama sekali tidak mematahkan semangat untuk turut bersama-sama bertadabbur mendalami tiga surah yang disampaikan pada hari ini.

“Saya bersyukur kerana ada anak-anak yang sanggup membawa saya ke sini untuk bersama menghayati makna di sebalik setiap surah berkenaan. Bagi saya nikmat menghayati kitab suci bukan sahaja melalui pembacaan tetapi apabila kita dapat memahami makna tersirat kata-kata ALLAH,” katanya ketika ditemui pada program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Pada masa sama, ibu kepada 11 orang anak itu memberitahu, dia merupakan pengikut setia program berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Masnah berkata, Malaysia #QuranTime Musaadah Covid-19 telah membuatkan dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama mendalami kitab suci bagi setiap siri yang diterbitkan.

“Bukan saya seorang sahaja yang menonton program ini, tetapi anak-anak juga turut bersama-sama. Biasanya kalau salah seorang tidak dapat mengikuti program, kami akan berhubung semula untuk berkongsi input yang diterima pada episod tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Massuza
Massuza

Sementara itu, anak kepada wanita berkenaan, Massuza Sufian, 48, berkata, sebelum bermulanya siaran langsung, dia akan berkongsi pautan program kepada ibunya untuk mengikuti penstriman secara langsung di laman sosial rasmi, Sinar Harian.

Beritahu guru Sekolah Vokasional Sungai Buloh itu, dia begitu menyukai program berkenaan kerana ia mendidik untuk menjadi seorang insan yang berguna.

“Apabila membaca al-Quran tanpa memahami makna di sebalik surah itu, kita tidak dapat mengetahui tujuan ayat berkenaan diturunkan oleh ALLAH.

“Apabila kita membaca dan bertadabbur, ia sebenarnya merupakan motivasi diri untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik dan merendah diri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran