'Dia selalu nyatakan hasrat ke Makkah, jadi kami tunaikan permintaannya' - Suami Nadia Kesuma

Muhammad Kamarul ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Ahad.
Muhammad Kamarul ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Ahad.
A
A
A

BAYAN LEPAS – Keluarga pelakon Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim akan menguruskan jenazah dan pengkebumian Allahyarham di Jeddah, Arab Saudi.

Suami Allahyarham, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah berkata, beliau akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah pada jam 5.35 petang ini bersama bersama anak perempuannya.

“Wisma Putra menghubungi saya malam tadi dan memaklumkan apa yang berlaku. Bagaimanapun, tiada butiran rasmi setakat ini. Kami sekeluarga menerima ketentuan ini dengan sabar dan reda.

“Jenazah akan dikebumikan di sana (Jeddah). Dia selalu menyatakan hasrat untuk ke Makkah, jadi kami tunaikan permintaannya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini pada Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, terungkai apabila wanita itu disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya menerusi laman Threads apabila memaklumkan bahawa ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Nadia Kesuma yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.

Allahyarham merupakan antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Keluarga pelakon Nadia Kesuma berlepas ke Jeddah untuk menguruskan jenazah
  • Suaminya, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, dan anak perempuan mereka berangkat pada Ahad
  • Jenazah Nadia tidak akan dibawa pulang ke Malaysia, akan dikebumikan di Arab Saudi
  • Nadia Kesuma meninggal dunia akibat serangan jantung
  • Allahyarham adalah sebahagian dari 21 peserta umrah dan ziarah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!