PRNNK perkukuh gerakan #SavingTheUmmah tahun depan

Pengusaha Rumah Ngaji Negeri Kelantan yang hadir pada taklimat di Kota Bharu. 
Foto:SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Pengusaha Rumah Ngaji Negeri Kelantan yang hadir pada taklimat di Kota Bharu.  Foto:SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) terus memperkukuhkan gerakan #SavingTheUmmah melalui penyediaan 30 program berteraskan al-Quran yang akan dilaksanakan sepanjang tahun depan. 

Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim berkata, perancangan itu dimuktamadkan menerusi pertemuan khas bersama 180 pengusaha rumah ngaji aktif bagi menyelaraskan gerak kerja dan hala tuju perjuangan dakwah al-Quran yang lebih tersusun, berfokus serta berterusan.

Menurut beliau, antara projek utama yang akan dilaksanakan termasuk World #QuranHour, Malaysia #QuranHour, Arafah #QuranHour, selain program bersegmen seperti Belia #QuranHour, Student dan Siswa #QuranHour serta pemukiman pengusaha rumah ngaji selama dua hari bagi memperkukuh kefahaman dan kesepaduan gerakan.

Adnan (dua dari kanan) beramah mesra dengan pengusaha Rumah Ngaji Negeri Kelantan. Foto:SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Adnan (dua dari kanan) beramah mesra dengan pengusaha Rumah Ngaji Negeri Kelantan. Foto:SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

“Jika al-Quran hanya dibaca tanpa difahami dan diamalkan, matlamat  #SavingTheUmmah tidak akan tercapai. 

“Sebab itu semua program disusun untuk membina kefahaman, penghayatan dan penyampaian mesej al-Quran kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Taklimat Pengurusan kepada Pengusaha Rumah Ngaji Negeri Kelantan, sebagai persediaan menyelaras pelaksanaan projek #SavingTheUmmah yang turut digerakkan secara menyeluruh di peringkat nasional bermula 2025.

Beliau memberitahu, 30 program dirancang itu melebihi 20 program tahun lalu dan memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat terhadap kepentingan al-Quran dalam kehidupan, berlandaskan pendekatan baca, faham, amal serta sampaikan sebagai asas menyelamatkan ummah

Artikel Berkaitan:

Beliau menjelaskan, gerakan di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu berpandukan Surah As-Saff sebagai asas perjuangan, menekankan keimanan, pengorbanan harta dan diri dalam menegakkan agama ALLAH. 

“Tahun depan gerakan diperkasa melalui penghayatan Surah Al-Muzzammil yang menekankan kekuatan rohani menerusi solat malam,” katanya. 

Tambah beliau, PRNNK juga menyasarkan 500 rumah ngaji berdaftar pada masa depan dalam memperkukuh agenda al-Quran dalam masyarakat. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • PRNNK melancarkan gerakan #SavingTheUmmah dengan 30 program berteraskan al-Quran untuk tahun depan
  • Program utama termasuk World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan program bersegmen untuk belia dan siswa
  • Matlamat gerakan ialah untuk membina kefahaman dan penghayatan al-Quran dalam masyarakat
  • 30 program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan
  • PRNNK menyasarkan 500 rumah ngaji berdaftar untuk memperkuat agenda al-Quran di masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!