[VIDEO] Remaja 16 tahun qari Malaysia #QuranHour di Perak

A
A
A

IPOH - Remaja lelaki berusia 16 tahun diberi penghormatan sebagai qari bagi program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak yang berlangsung di Dewan Jubli Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini pada Rabu.

Luqman Nardi merupakan pelajar Sekolah Izzuddin Shah duduk sebaris bersama tiga qari jemputan lain iaitu Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan; johan Tilawah al-Quran negeri Perak 2022, Mohd Kamaruzaman Daud dan Pegawai Peperiksaan PUO, Muhammad Azman Mokter.

Dalam program yang berlangsung selama satu jam itu, Luqman yang bakal mewakili negeri ke majlis Tilawah al-Quran peringkat Sekolah Menengah Agama Negeri bulan depan membacakan surah al-Insan ayat 11 hingga 20.

Luqman (kanan) diberi penghormatan sebagai qari bagi program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak yang berlangsung di Dewan Jubli PUO pada Rabu.
Luqman (kanan) diberi penghormatan sebagai qari bagi program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak yang berlangsung di Dewan Jubli PUO pada Rabu.

Bercakap kepada Sinar Harian, beliau berkata, pelawaan sebagai qari dalam penganjuran program berskala besar itu sesuatu di luar jangkaan apatah lagi pada usia yang masih muda.

"Perasaan gementar memang sudah ada sejak awal lagi, maklumlah saya duduk bersama guru-guru al-Quran, tambah gerun kena membaca di khalayak ramai.

"Ini pertama kali saya dijemput sertai #QuranHour dan sangat berbesar hati. Alhamdulillah saya dapat sempurnakan tugas saya dengan baik," katanya.

Malaysia #QuranHour kali ke-9 itu disertai lebih 1,200 orang terdiri daripada pelajar dan pensyarah PUO serta komuniti Rumah Ngaji di Perak.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri; Luqman, Mohammad Alreean dan Putri Farisha Ameera.
Dari kiri; Luqman, Mohammad Alreean dan Putri Farisha Ameera.

Penganjuran tahun ini mengangkat tema Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi surah al-Fatihah, surah al-Insan dan surah al-Asr.

Luqman berkata, penekanan terhadap kepimpinan anak muda seperti dibawa dalam Malaysia #QuranHour adalah satu usaha positif ke arah melahirkan generasi berkualiti.

"Saya berharap penyertaan saya ini jadi titik tolak kepada penglibatan lebih ramai anak muda dalam program-program al-Quran dan kerohanian," katanya.

Sementara itu, pelajar Kejuruteraan Mekanikal PUO, Putri Farisha Ameera Razak, 20, berbangga kerana institusi itu menjadi tuan rumah bagi penganjuran tahun ini.

Katanya, kesempatan itu memberi ruang lebih luas kepada pelajar turut sama mendekatkan diri dan menyemarakkan rasa cinta kepada al-Quran.

"Saya yakin, ramai anak muda dahagakan program-program sebegini supaya kita dapat seimbangkan keperluan ilmu dunia dan akhirat," katanya.

Pelajar Kejuruteraan Perkapalan, Mohammad Alreean Albine, 21, pula mahu, pelaksanaan program itu diperluas termasuk membabitkan penyertaan institusi pengajian yang lain.

Dia yang diberi tanggungjawab memimpin bacaan ikrar al-Quran akui, sangat terkesan dengan perkongsian sesi tadabbur.

"Program ini beri penekanan bahawa sebagai umat Islam, kita bukan sekadar membaca, tetapi perlu memahami kandungan al-Quran itu sendiri," katanya.

Tadabbur surah disempurnakan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Norhanizam Mohd Tajuddin manakala Ketua Pegawai Operasi (Pembangunan Ekonomi) Yayasan Addin, Dr Mohammad Bazli Aminmohksin Aminuddin bertindak sebagai moderator.

Hadir sama, Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah dan Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum.

Dalam majlis itu, Shamsuri turut menyempurnakan pelancaran Sudut al-Quran PUO yang ditempatkan di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican.

Shamsuri berkata, inisitif itu dilakukan bagi memberi akses khas kepada pelajar, pensyarah serta pengunjung perpustakaan mengenali dan bertadabbur dengan al-Quran.

Lebih 1,200 peserta kalangan komuniti Rumah Ngaji, pelajar dan pensyarah PUO mengimarahkan program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak.
Lebih 1,200 peserta kalangan komuniti Rumah Ngaji, pelajar dan pensyarah PUO mengimarahkan program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak.

"Perpustakaan ini baru sahaja diselenggara jadi dengan suasana selesa itu, mudah untuk warga PUO membuat rujukan buku disamping dapat menelaah dan menekuni al-Quran dengan lebih baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran