Isu pengajian hadis 40: Kerajaan disyor perkasa Rukun Negara

PRM minta kerajaan perkasa Rukun Negara untuk memupuk silaturahim dan perpaduan rakyat. Gambar kecil: Swe Yong
PRM minta kerajaan perkasa Rukun Negara untuk memupuk silaturahim dan perpaduan rakyat. Gambar kecil: Swe Yong
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya menjadikan Rukun Negara sebagai keutamaan nilai teras agenda negara untuk menegakkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama, berbanding pengajaran modul 40 hadis di sekolah.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Koh Swe Yong berkata, nilai tersebut penting bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

“Kerajaan Persekutuan atau negeri perlu memperkasa Rukun Negara yang sudah sekian lama diketepikan untuk memupuk silaturahim dan perpaduan rakyat.

“Ini penting demi membina negara dan bangsa yang maju jaya serta berakhlak tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Selasa, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) dilaporkan membantah sebarang tindakan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah seluruh negara.

Menurutnya, langkah memperkenalkan subjek berkenaan di seluruh negara didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjuta Swe Yong berkata, tindakan itu boleh mengundang reaksi yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak.

“Pihak berkuasa perlu mempelajari pengalaman lepas dan melakukan perundingan untuk mendapatkan muafakat dalam pelaksanaan silibus di sekolah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

Terbit semula hadis 40 Imam Nawawi, pupuk kefahaman agama - PM

Pengajian hadis 40, bukan Islam tidak berhak persoal - Mapim

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi