Pengajian hadis 40, bukan Islam tidak berhak persoal - Mapim

Mohd Azmi
Mohd Azmi
A
A
A

SHAH ALAM - Perbuatan sesetengah pihak yang mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan penggunaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi melibatkan guru dan murid beragama Islam disifatkan provokasi melampau serta tidak boleh diterima.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid membidas tindakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang membantah penghayatan pengajian hadis 40 di sekolah berkata, pihak terlibat tidak seharusnya mencampuri urusan Islam.

Dalam masa katanya, mereka tidak berhak mempersoalkan usaha pihak berkuasa pendidikan dalam memupuk ilmu serta nilai Islam yang betul kepada pelajar berdasarkan rujukan Islam autentik.

"Malah pihak tersebut menyatakan Islam harus terbatas hanya kepada urusan peribadi dan majlis rasmi yang bersifat 'ceremonial' semata-mata.

"Ini bermakna MCCBHST mahu Islam di negara ini ditafsir dan dilaksanakan mengikut fahaman dan restu mereka.

"Ia mahu menundukkan hak pelajar Islam untuk memahami makna Islam mengikut kemahuan mereka, bukan Islam yang menyeluruh dan meliputi semua aspek kehidupan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara dengan menyasarkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

Dalam pada itu Mohd Azmi berkata, pendidikan Islam yang berteraskan pengajian al-Quran dan hadis sudah sebati dalam subjek berkenaan untuk melahirkan pelajar Islam yang berakhlak mulia dan insan berintegriti.

"Kami akan ambil tindakan undang-undang kerana MCCBHST cuba mencabar kuasa pihak agama Islam apabila menuntut Islam hanya agama terikat sebagai ritual dan untuk acara rasmi semata-mata

"Mereka mencabar pihak berkuasa pendidikan negara yang mahu menerapkan rujukan Islam dalam sistem pendidikan.

"Bantahan tersebut nampaknya sangat jelas mahu mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan," katanya.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz menggesa kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan untuk mengaktifkan semula Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 dengan diberi peranan yang lebih signifikan.

Beliau berkata, selain menjadi platform memupuk keharmonian kaum, jawatankuasa berkenaan perlu berperanan menjadi platform menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada semua pemimpin agama yang dilihat berpotensi untuk disalah faham dalam konteks perbezaan agama dan kaum.

"Selain itu jawatankuasa tersebut turut berperanan menjayakan agenda Malaysia Madani dalam konteks keutuhan hubungan antara kaum menerusi penerapan modul dan program-program lapangan kepada generasi muda," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

Terbit semula hadis 40 Imam Nawawi, pupuk kefahaman agama - PM

Pengajian hadis 40, bukan Islam tidak berhak persoal - Mapim

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi