TMM2026: Promosi digital perkukuh pelancongan negara

KING SING
KING SING
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited mempromosikan pelancongan di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak secara berterusan dan agresif, dengan penekanan terhadap pendekatan digital dan kerjasama pempengaruh antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia dengan penglibatan badan pelancongan negeri yang digesa lebih kreatif dan agresif dalam membangunkan produk serta pakej pelancongan baharu bagi menarik pelancong asing.

Namun begitu katanya, badan pelancongan negeri hendaklah kreatif dan agresif dalam wujudkan serta membangunkan lebih banyak produk dan pakej pelancongan baharu bagi menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini.

"Tourism Malaysia bersedia bekerjasama dengan badan pelancongan negeri dalam mempromosikan projek dan pakej tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, Tourism Malaysia turut menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi swasta serta platform media sosial seperti TikTok, Weibo, Xiaohongshu dan YouTube termasuk melibatkan pempengaruh terkenal bagi memperluas promosi pelancongan negara.

Beliau berkata, pada tahun ini Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan 95 pempengaruh dari 19 negara menerusi pelbagai program termasuk All Star Influencers Award 2025 (ASIA) yang menjelajah beberapa negeri dan menjana 1.3bilion capaian digital.

“Pada tahun ini, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan 95 influencer dari 19 negara yang menjelajah negeri-negeri seperti Johor, Pahang, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Sabah menjana 1.1 bilion hingga 1.3 bilion tontonan digital.

"Tourism Malaysia juga akan bekerjasama dengan 210 influencer dari pasaran strategik seperti China, Jepun, Rusia dan lain-lain dengan lebih 800 juta pengikut bagi memperkukuh kempen VM2026, sekali gus meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited mempromosikan pelancongan Malaysia secara berterusan dan agresif dengan fokus pada digital dan kerjasama antarabangsa
  • Tourism Malaysia melibatkan badan pelancongan negeri untuk mengembangkan produk dan pakej pelancongan baru untuk menarik pelancong asing
  • Tourism Malaysia bekerjasama dengan badan pelancongan negeri dan agensi swasta termasuk platform media sosial dan influencer untuk memperluas promosi pelancongan
  • Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan 95 influencer dari 19 negara, menjana 1.1 hingga 1.3 bilion tontonan digital
  • Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan 210 influencer dari pasaran strategik untuk memperkuat kempen VM2026 dan meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!