REE: Sanusi nafi bawa masuk So Loi Fat

Muhammad Sanusi (kiri) bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke program sembang santai sempena kempen PRN di Taman Sri Putra Kuala Kedah pada Selasa.
Muhammad Sanusi (kiri) bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke program sembang santai sempena kempen PRN di Taman Sri Putra Kuala Kedah pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan beliau membawa masuk So Loi Fat ke negara ini yang dikaitkan dengan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.

Muhammad Sanusi sebaliknya mendakwa warga China berkenaan berada di negara ini sebelum dia dilantik menjadi Menteri Besar pada 2020.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Saifuddin Nasution Ismail juga dinasihatkan menyemak kembali maklumat yang diterima berkaitan isu terbabit.

"Tuduhan Saifuddin ini kata sayalah buat surat untuk So Lai Fat masuk Malaysia, dak, saya masuk di pejabat (Menteri Besar) dia ada di Malaysia lama dah.

"Jadi Saifuddin kena 'check' balik maklumat dia kot depa ni perkena dia, agensi-agensi yang 'supply' maklumat pada dia perkena dia," katanya ketika ditemui pemberia selepas hadir ke program sembang santai sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Taman Sri Putra Kuala Kedah pada Selasa.

Muhamad Sanusi bagaimanapun mengakui mengenali So Loi Fat sebagai 'Mr So' dan pernah berkomunikasi dengannya menggunakan penterjemah kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Dialah cerita kat saya pasal dah bagi kat MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah) RM 5 juta sebelum ini, dia dah habis RM30 juta, dia dah buat macam-macam persiapan dan dah ada perjanjian dengan MBI sebelum saya masuk office," katanya.

Tambah Muhammad Sanusi, apabila dilantik menjadi Menteri Besar, beliau kemudiannya menyuruh So Loi Fat meneruskan projek berkenaan tetapi perlu mengikut lunas undang-undang.

Saifuddin Nasution sebelum itu mendedahkan gambar Muhammad Sanusi bersama So Loi Fat, yang didakwa seorang daripada dua pekerja dibawa masuk oleh MBI untuk melakukan kerja-kerja eksplorasi REE di hutan simpan Bukit Enggang, Sik.

ARTIKEL BERKAITAN: 52 lelaki ditahan teroka REE secara haram

REE: Kedah tegaskan tiada aktiviti perlombongan

Amanah Kedah dakwa aktiviti korek REE masih berlaku

Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir

REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi

REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun

Sanusi sedia saman Saifuddin

Saifuddin 'tunggu' saman Sanusi

Saifuddin minta Sanusi dedah identiti lelaki China ditahan berkaitan REE

REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi

Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik

'Sanusi dah hantar surat saman, kita lawan di mahkamah' - Saifuddin

Isu REE: SPRM disaran tanya Takiyuddin - Mahadzir

Sanusi belum dipanggil SPRM, 10 Exco Kedah turut diambil keterangan

Saifuddin akan teruskan siri pendedahan isu REE

REE: Saifuddin dedah gambar Sanusi bersama warga China, dokumen MBI