Anwar santuni penerima topi keledar percuma di SIC

Anwar menyantuni penerima topi keledar percuma ketika hadir menyaksikan perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2026 di SIC pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menyantuni penerima topi keledar percuma ketika hadir menyaksikan perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2026 di SIC pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad meluangkan masa menyantuni beberapa orang penerima topi keledar percuma ketika hadir menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Seronok dapat bersembang dan bertanya khabar dengan beberapa penerima topi keledar percuma menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan yang digerakkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pesan saya, pastikan topi keledar ini dipakai dan diikat kemas. Keluar rumah dengan selamat, pulang pun biar selamat. Topi keledar baharu, semangat pun baharu!” katanya menerusi hantaran di X.

Anwar berkata, menerusi Belanjawan 2026, sebanyak 70,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diagihkan kepada rakyat sebagai usaha menjaga keselamatan penunggang motosikal dan mengurangkan risiko kecederaan serius.

Inisiatif penukaran topi keledar percuma oleh JPJ bertujuan meningkatkan keselamatan penunggang motosikal dengan menukar topi keledar lama atau topi keledar yang tidak mematuhi piawaian kepada topi keledar yang baharu bagi mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!