Muhyiddin doakan Sanusi dapat keadilan

Muhyiddin, Muhammad Sanusi
Muhyiddin, Muhammad Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendapat keadilan susulan perbicaraan berhubung kenyataan mempertikai kewibawaan institusi diraja.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, seluruh rakyat perlu kekal tenang dan bersama-sama bermunajat serta mendoakan keselamatan Muhammad Sanusi dalam mendepani perkara tersebut.

“Saya bersimpati dengan Muhammad Sanusi yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Nampaknya kerajaan hari ini semakin galak menggunakan instrumen undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.

“Ini sama sekali bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan oleh mereka dahulu termasuk menghapuskan akta tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan, antara dasar utama dan prinsip perjuangan Perikatan Nasional (PN) ialah menjunjung, memelihara dan mempertahankan kedaulatan serta kemuliaan institusi raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

“Prinsip itu akan terus dipertahankan,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah