Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan Pas melalui Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) sedang menguruskan kes melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan sebaik mungkin.

Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pemimpin di semua peringkat supaya bertenang dan mengelak daripada terlibat sebarang provokasi yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab.

“Pas menggesa semua ahli agar terus bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi ketabahan serta berjaya dalam menghadapi ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di Selayang atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor serta penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah, minggu lalu.

Susulan daripada isu tersebut, beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor pada awal pagi Selasa, kira-kira jam 3 pagi di dalam sebuah bilik hotel tingkat 33A di Mont Kiara.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong kepimpinan Muhammad Sanusi dan mendoakan agar Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti.

“Marilah kita berterusan berzikir dengan zikir Syikh Abu Ala Al-Hadrami RA dalam menghadapi saat kritikal ini agar doa kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah