Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Ahmad
Ahmad
A
A
A

ALOR SETAR - Pas Kedah berharap proses perundangan membabitkan kes pendakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaksanakan secara adil dan berpegang teguh kepada prinsip keadilan mengikut perundangan sedia ada.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, proses perbicaraan mahupun siasatan berkaitan kes terbabit hendaklah bebas daripada sebarang cengkaman mahupun pengaruh politik.

Menurutnya, Pas Kedah juga meminta semua ahli serta penyokong parti itu mengambil sikap bertenang dalam menghadapi situasi tersebut selain tidak dipengaruhi emosi bagi mengelak sebarang provokasi.

“Kita harapkan semua pihak sentiasa patuh pada undang-undang negara. Kita harus tenang berdepan situasi ini dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau,” katanya di sini pada Selasa.

Ahmad tegaskan, parti itu juga berpegang pada prinsip seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak boleh lagi dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya.

“Perbanyakkan doa serta munajat agar pemimpin yang kita kasihi ini, yang ikhlas dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Kedah sentiasa dalam lindungan Allah SWT, selain mendapat keadilan selayaknya sepanjang proses undang-undang dilaksanakan,” ujarnya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa, atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah, minggu lalu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN didakwa melakukan perbuatan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Ia juga menyentuh perkataan yang mempunyai kecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja dan mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara, Selayang pada 11 malam, 11 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah