MB Kedah ditahan

Gambar tular yang memaparkan Muhammad Sanusi ditahan sepasukan polis pada pagi Selasa.
Gambar tular yang memaparkan Muhammad Sanusi ditahan sepasukan polis pada pagi Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, dekat sini awal pagi Selasa.

Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira jam 3 pagi ketika berada dalam sebuah bilik di hotel berkenaan.

Muhammad Sanusi kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda milik pasukan polis diiiringi kenderaan lain menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Video penahanan terbabit berdurasi dua minit 50 saat itu kini tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan Muhammad Sanusi.

"Tiada rampasan dibuat dan pihak peguam beliau (Muhammad Sanusi) telah sedia maklum yang Datuk Seri didakwa di Mahkamah Selayang hari ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menerusi video tular terbabit, Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari.

Sebelum itu, Razarudin dilaporkan berkata, polis menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah