Saling hormat, percaya jadi tiang seri PN - Radzi Jidin

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan, sikap saling menghormati dan mempercayai menjadi tiang seri Perikatan Nasional (PN).
Hantaran penuh makna tersebut dimuat naik Ahli Parlimen Putrajaya yang kini memangku tugas Timbalan Presiden Bersatu di Facebooknya susulan pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN pada Ahad.
“Tahniah kepada jiran saya di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Dr Samsuri atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.
“Saya doakan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Pas Pusat di Kuala Lumpur pada Ahad melantik Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai pengerusi gabungan berkenaan.
Pelantikan Ahmad Samsuri dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Januari lalu.
Ringkasan AI
- Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menyatakan sikap saling menghormati dan mempercayai adalah penting dalam Perikatan Nasional
- Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden Pas dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional
- Pelantikan tersebut diumumkan melalui hantaran Facebook oleh Ahli Parlimen Putrajaya
- Mesyuarat Majlis Tertinggi PN telah memilih Ahmad Samsuri di Pejabat Pas Pusat Kuala Lumpur
- Ahmad Samsuri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai Pengerusi PN pada Januari lalu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


