Isu Sanusi, 3R hangat menjelang PRN

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

BAHANG pilihan raya negeri (PRN) semakin hangat, apabila terdapat pemimpin politik yang didakwa memainkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) sejak kebelakangan ini.

Kemuncaknya apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan pada Selasa, susulan ucapan beliau yang dikatakan mempersendakan perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan menteri besar.

Sebelum pendakwaan terhadap Sanusi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah menerima 31 laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataan berkenaan.

Perkara tersebut turut mendapat respons balas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa tindakan menghalang perbincangan menyentuh isu berkait 3R sebagai menafikan kebebasan bersuara di negara ini.

Selain Sanusi, terdapat beberapa pemimpin lain turut disiasat atas kesalahan yang sama termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Isu tersebut sebenarnya bukanlah perkara baharu kerana metode tersebut sudah lama dimainkan sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang bagi meraih undi dan kepercayaan rakyat.

Dalam pada itu, ucapan berbaur perkauman, bangsa atau pemimpin biasanya akan disokong oleh pengikut ahli politik sehingga sanggup membuang prinsip parti.

Propaganda itu mungkin berhasil dan jika dilihat trend di media sosial masing-masing akan memainkan isu yang sama, kerana cybertrooper di pelbagai platform akan menyebarkan agenda tersendiri.

Pemimpin dan ahli politik sepatutnya tidak perlu memainkan isu sensitif terutama melibatkan agama dan juga institusi diraja negara ini semata-mata ingin menarik perhatian pengundi menjelang PRN nanti.

Walaupun ada pihak yang mendakwa kerajaan tidak meraikan isu kebebasan bersuara, namun perkara tersebut jelas sekali penghinaan kepada institusi dan mempersendakan tindakan pihak istana, seolah-olah mencabar kedaulatan negeri itu.

Negara kita sudah mencapai kemerdekaan lebih enam dekad, namun permainan kaum, agama dan urusan Raja-Raja Melayu seringkali disentuh oleh individu tertentu sama ada ingin meraih perhatian atau sebagai alat berkempen sempena pilihan raya.

Namun, perkara ini tidak mengejutkan kerana semakin hampir kempen pilihan raya, pasti akan ada kontroversi yang sengaja diciptakan lebih-lebih lagi dengan penggunaan teknologi terkini, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan.

Justeru, ahli politik perlu menukar semula ‘permainan’ untuk meraih undi kerana rakyat sedang memerhati prestasi dan kualiti pemimpin agar mereka dapat membuat pilihan tepat.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara