Chegubard kemalangan elak haiwan melintas

REMBAU – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak haiwan di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina di sini pada Khamis
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berlaku ketika beliau memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dalam perjalanan dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau melalui Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina.
“Difahamkan sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor haiwan yang tidak dikenal pasti melintas dari arah sebelah kanan ke kiri jalan.
"Beliau cuba mengelak, namun kenderaannya telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri serta terlanggar tiang jambatan lebuh raya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan termasuk tayar hadapan kiri pecah, bumper hadapan pecah dan bonet hadapan kemik.
Bagaimanapun katanya, pemandu tidak mengalami kenderaan.
Sementara itu, Chegubard dalam perkongsian di Facebooknya meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ringkasan AI
- Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak haiwan
- Kemalangan berlaku di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina pada jam 12.30 tengah malam
- Beliau memandu jenis Toyota Hilux dari UiTM Rembau menuju Kampung Lada Chengkau
- Kenderaannya hilang kawalan dan terbabas akibat cuba mengelak haiwan
- Chegubard tidak mengalami sebarang kecederaan dari kemalangan tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

