Dewan Rakyat kecoh PM ungkit isu kenaikan elektrik

Anwar ketika berucap dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Anwar ketika berucap dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungkit kembali keputusan kerajaan terdahulu di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) berhubung kenaikan purata tarif elektrik.

Isu itu dibangkitkan susulan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) mengajukan soalan berhubung dasar subsidi ayam dan telur yang disifatkan sebagai ‘flip-flop’ kerana keputusan itu ditarik balik setelah diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar memaklumkan dasar tersebut adalah keputusan lama yang telah tamat pada 10 Jun lalu.

“Keputusan itu bukan flip-flop, tetapi keputusan lama yang diumum mengikut prosesnya. Tetapi apabila dimaklum kepada saya, diteliti balik ini akan membebankan rakyat, raya haji nak dekat, kita tolonglah rakyat.

“Kalau pun ‘flip-flop’ untuk bantu rakyat, saya akan ‘flip-flop’. Buat apa tidak ‘flip-flop’ tetapi membebankan rakyat?

“Kalau tak mahu flip-flop, keputusan kabinet dahulu masa PN adalah naik elektrik untuk semua. Baik, saya tukar, maknanya Perdana Menteri Tambun, ‘flip-flop’ tukar tidak bebankan rakyat, tidak naikkan elektrik,” katanya ketika dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Situasi di Dewan Rakyat menjadi semakin tegang susulan kenyataan tersebut dan menyebabkan beberapa ahli Parlimen blok pembangkang mencelah dan menafikan perkara berkenaan.

“Tidak betul itu Yang berhormat (Ahli Parlimen Tambun). Banyak betul pembohongan di Dewan ini,” celah salah seorang Ahli Parlimen pembangkang.

Tegas Anwar, beliau ada rekod terdahulu sebagai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.

“Apa tidak betul, saya ada rekod. Jawapan (Ahli Parlimen) Kota Bahru ada di Parlimen, saya naikkan tahun depan, boleh rujuk.

“Sebut tentang elektrik, ada rekodnya. Betul (Ahli Parlimen) Kota Raja kata terpaksa hentikan subsidi bulan Jun ikut keputusan lampau.

“Ahli Parlimen Tambun kata sambung, apa masalahnya?” soalnya.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang merupakan bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, memaklumkan kerajaan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu kalimah ALLAH: Anwar ingatkan jangan putar belit fakta, tipu rakyat

Malaysia tak kompromi soal hak, kedaulatan sempadan maritim - Anwar

'Rundingan secara terbatas dimulakan dalam usaha henti rundingan terus'

'Tak payah jadi peguam!' - Anwar tempelak Takiyuddin

Dewan Rakyat kecoh PM ungkit isu kenaikan elektrik

STR fasa 3 diagih sebelum Aidiladha

Anwar tidak puas hati pelaksanaan projek kecil, arah disegerakan

PM perjelas perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia hari ini