'Alhamdulillah, dua sahabat saya telah dibebaskan'- Firdaus Wong

Firdaus Wong (tengah) bersama Zamri (kiri) dan Tamim. - Foto Firdaus Wong
Firdaus Wong (tengah) bersama Zamri (kiri) dan Tamim. - Foto Firdaus Wong
A
A
A

SHAH ALAM – Dua aktivis yang sebelum ini direman susulan himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) telah dibebaskan pada Isnin.

Perkembangan itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, menerusi hantaran di Facebook yang merujuk kepada penyelaras himpunan GARAH, Zamri Vinoth dan pengasas TanahMalaya.com, Tamim Dahri.

"Alhamdulilah, dua sahabat saya yang ditahan reman telahpun dibebaskan sebentar tadi.

"Walaupun masih ‘jet lag’, saya tetap ke sana untuk memberikan sokongan kepada mereka," katanya.

Terdahulu, kedua-dua aktivis berkenaan ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo, Kuala Lumpur pada Sabtu bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran himpunan tersebut.

Dalam pada itu, Firdaus Wong menegaskan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama tidak bersetuju dengan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.

"Isu agama? Cikgu Chandra dan ramai rakyat Malaysia berlainan agama juga tidak bersetuju dengan kuil haram!

"Isu perkauman? Tamim Dahri seorang Melayu, Zamri Vinoth berketurunan India manakala saya Cina," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua aktivis GARAH dibebaskan pada Isnin
  • Firdaus Wong Wai Hung sebagai pendakwah bebas berkongsi perkembangan pembebasan
  • Aktivis ditahan berhampiran Kompleks Membeli-Belah Sogo, Kuala Lumpur
  • Penahanan untuk siasatan penganjuran himpunan anti rumah anutan haram
  • Firdaus Wong menyatakan rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama tidak setuju dengan pembinaan rumah ibadat di tapak tidak sah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!