'Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan' - Zamri Vinoth

Status ringkas Zamri Vinoth di Facebooknya pada Isnin.
Status ringkas Zamri Vinoth di Facebooknya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – "Jika tiada perubahan, lawan tetap lawan," demikian tegas penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth susulan isu berkaitan rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah.

Dalam status ringkas di Facebook pada Isnin, beliau turut menulis: "Membujur lalu, melintang patah. Reformasi! Garah!"

Terdahulu, Zamri bersama seorang lagi aktivis, Tamim Dahari Abdul Razak, direman dua hari bagi siasatan lanjut berhubung penganjuran Himpunan GARAH yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Zamri sebelum ini memaklumkan perhimpunan aman berkenaan bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh, tanpa kaitan dengan mana-mana kaum atau agama.

Media melaporkan, polis menahan seramai 19 individu termasuk dua yang direman, bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, tangkapan dibuat susulan perhimpunan 'ad hoc' yang berlaku walaupun pihak polis tidak membenarkan penganjurannya atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Zamri bersama aktivis lain, Tamim Dahari Abdul Razak, direman dua hari untuk siasatan penganjuran Himpunan GARAH
  • Perhimpunan aman GARAH bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh, tanpa kaitan kaum atau agama
  • Polis menahan 19 individu, termasuk dua yang direman, berkaitan dengan perhimpunan tersebut
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, menyatakan tangkapan dibuat kerana perhimpunan berlangsung tanpa kebenaran polis atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!