Pemimpin Pas, UMNO puji ketegasan PM tangani rumah ibadat tidak sah

Ketegasan Perdana Menteri menangani rumah ibadat tidak sah dipuji pelbagai pihak termasuk pembangkang.
Ketegasan Perdana Menteri menangani rumah ibadat tidak sah dipuji pelbagai pihak termasuk pembangkang.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rumah ibadat yang dibina di tapak tidak sah dipuji pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

“Terima kasih YAB PMX, inilah sebenarnya yang dituntut oleh peserta himpunan malam kelmarin (Sabtu) iaitu pematuhan kepada undang-undang, tidak lebih dari itu.

“Peraturan sudah ada, undang-undang sudah ada, patuh jelah. Tahniah kepada semua aktivis dan penggerak,” katanya pada Isnin.

Turut senada dengan Ahli Parlimen Pasir Mas itu ialah Ahlli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Mohd Puad, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas ketegasan kerajaan itu.

Beliau menambah, negara tidak sewajarnya dibebankan dengan polemik, kontroversi, debat dan pertikaian yang memanaskan hubungan kaum di negara ini.

“Saya sokong pendirian tegas PMX agar rumah ibadat haram tidak kira apa agama dirobohkan. Buat operasi seluruh negara. Habis cerita.

“Pihak penguatkuasa mesti berani. Bawa polis masa operasi perobohan. Tahan mereka yang cuba menghalang,” katanya menerusi hantaran di platform sama.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Aziz turut menyokong kenyataan tegas Anwar.

Jelasnya, ketegasan yang dibuat Perdana Menteri itu kena pada tempatnya.

“Ketegasan pada tempatnya adalah suatu hikmah dan terpuji. Tahniah DS Anwar Ibrahim Perdana Menteri atas ketegasan.

“Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Emosi marah, gembira, teruja jika diletakkan pada mizan (pertimbangan) yang tepat akan melahirkan komuniti yang hidup dalam keadaan harmoni,” katanya.

Anwar pada Isnin dilapor berkata, kerajaan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah.

Walaupun keputusan itu bakal mengundang kontroversi katanya, Malaysia mempunyai undang- undang yang perlu dihormati oleh semua.

 

Ringkasan AI

  • Ketegasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tentang rumah ibadat yang tidak sah dipuji pelbagai pihak termasuk pembangkang
  • Pemimpin Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan tahniah dan menganggap tindakan tersebut sesuai dengan tuntutan undang-undang
  • Ahli MKT UMNO, Mohd Puad Zarkashi menekankan pentingnya tidak menimbulkan polemik dan mendukung operasi perobohan rumah ibadat haram
  • Anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Aziz memuji ketegasan Anwar sebagai tindakan berhikmah yang mempromosikan keharmonian
  • Anwar Ibrahim memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap rumah ibadat dibina di tapak tidak sah di seluruh negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!