Gabungan kerajaan PH-BN catat sejarah

Laporan muka depan Sinar Harian.
Laporan muka depan Sinar Harian.
A
A
A

KONVENSYEN Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 pada Ahad yang disertai 19 parti politik mencatatkan satu sejarah baharu.

Ia dilihat mampu mengukuhkan lagi parti sekali gus dapat menstabilkan negara.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dengan pengukuhan itu, Malaysia diyakini mampu kembali gemilang dan hebat di persada antarabangsa.

Tambah Anthony, Kerajaan Perpaduan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 sekiranya kerjasama tersebut dapat diteruskan.

Sementara Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula mahukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil dan kuat supaya ia dapat menumpukan tenaga untuk meningkatkan martabat negara di peringkat antarabangsa.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, Malaysia perlu berada dalam kedudukan yang kompetetif dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia yang sedang membangunkan Nusantara di Kalimantan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Premier Sarawak berkata, Kerajaan Perpaduan perlu menumpukan soal pembangunan antara wilayah khususnya bagi negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

Hampir 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti berhimpun pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

Para perwakilan yang menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Bernama
Para perwakilan yang menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Bernama

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kehadiran berkenaan melambangkan manifestasi kestabilan yang diharapkan oleh rakyat dan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula meminta kesemua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, konvensyen yang berlangsung semalam merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian itu.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, konvensyen berkenaan memberi isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil sokongan 19 parti politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah stabil.

Berucap buat julung kali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur selepas 25 tahun, Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia itu menegaskan bahawa isyarat kestabilan itu bukan sahaja kepada rakyat, malah kepada dunia.

Anwar berkata, kejayaan penganjuran konvensyen itu juga sekali gus menidakkan 'cakap-cakap' bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya sejak enam bulan lalu tidak dapat bertahan.

Ini menunjukkan penganjuran konvesyen ini secara tak langsung mengukuhkan kerjasama parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Ia juga menolak desas-desus menyatakan bahawa kerajaan pimpinan Anwar goyah dan tidak stabil.

Dengan konvensyen ini, memberikan sinar dan keyakinan kepada rakyat bahawa gabungan itu tidak mempunyai kemelut politik yang boleh membawa kepada keruntuhan kerajaan sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal