Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

Anwar dan Ahmad Zahid berbual-bual selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Anwar dan Ahmad Zahid berbual-bual selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam peranannya memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pakatan Harapan itu mengakui beliau dan Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sering kali "diserang” ketika proses rundingan selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

"Tapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup. Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO.

Juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri, dalam keadaan kritikal itu, Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi faktor penentunya," katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari.

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar memiliki sokongan daripada 148 Ahli Parlimen ketika ini, dengan 30 daripadanya merupakan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Konvensyen berkenaan dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal