GPS mahu Kerajaan Perpaduan yang stabil, tingkat martabat negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan Abang Johari serta Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan Abang Johari serta Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil dan kuat supaya ia dapat menumpukan tenaga untuk meningkatkan martabat negara di peringkat antarabangsa.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Malaysia perlu berada dalam kedudukan yang kompetetif dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia yang sedang membangunkan Nusantara di Kalimantan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Premier Sarawak berkata, Kerajaan Perpaduan perlu menumpukan soal pembangunan antara wilayah khususnya bagi negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

"Kedudukan kerajaan (Persekutuan) mesti melihat pada masa depan negara yang berdepan dengan banyak cabaran dan bersaing dengan jiran kita. Bila kita lihat (negara) jiran kita membangun, Malaysia juga perlu membangun sama.

"Misalnya di Sarawak, berjiran dengan Kalimantan iaitu Nusantara akan dibangunkan, apakah Malaysia di Sarawak hanya tengok sahaja? Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri peruntukan besar untuk pembangunan di Sarawak,” katanya dalam ucapan ketua-ketua pemimpin parti pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada Ahad adalah julung kali diadakan, yang menghimpunkan lima gabungan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Abang Johari berkata, Kerajaan Perpaduan juga perlu melakukan reformasi ekonomi negara berdasarkan bidang ekonomi baharu dan lebih mampan yang berteraskan tenaga yang diperbaharui serta menggunakan kemampuan anak watan.

Premier Sarawak itu seterusnya memberi jaminan Sarawak akan terus memainkan peranan dalam membantu merangka segala usaha membangunkan Malaysia.

"GPS akan terus bersama dengan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk bersama-sama membangun negara tercinta ini,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal