Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

Anwar berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 pada Ahad. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Anwar berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 pada Ahad. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu.

"Saya akan undang Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Sabah dan pasukan untuk cari jalan untuk selesaikan (isu air) kalau pun perlu berbilion ringgit (diperlukan) kita mesti cari dan selesaikan tahun ini juga kerja-kerja.

"Yang penting rakyat setelah 60 tahun merdeka tidak boleh dibebankan sampai tidak ada air bersih untuk minum,” katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini pada Ahad yang dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan.

Anwar berkata, beliau berharap kerajaan negeri akan lebih mudah memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan hasrat berkenaan bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal