Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

Fadillah ketika membentangkan laporan Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC.
Fadillah ketika membentangkan laporan Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti gabungan membentuk kerajaan berhimpun pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kehadiran berkenaan melambangkan manifestasi kestabilan yang diharapkan oleh rakyat dan negara.

“Buat pengetahuan semua, seawal jam 9 pagi, Konvensyen Wanita dan Konvensyen Pemuda Perpaduan telah diadakan. Saya dimaklumkan lebih 3,500 delegasi Wanita daripada kesemua parti hadir.

“Begitu juga dengan Pemuda, walaupun kapasiti dewan hanya mampu menampung 900 orang tetapi yang hadir mencecah angka 2,000 orang manakala bagi Konvensyen Nasional petang ini, pihak sekretariat merekodkan jumlah tag delegasi yang dikeluarkan melebihi 3,500 untuk kesemua parti-parti.

“Namun demikian, kita juga menerima kehadiran para penyokong Kerajaan Perpaduan yang ingin bersama-sama menjadi

sebahagian sejarah perhimpunan pada hari ini,” katanya ketika membentangkan laporan Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Dalam pada itu Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) memaklumkan, Majlis Perundingan Pimpinan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentuk tiga jawatankuasa yang menjadi medan kepimpinan parti-parti untuk berbincang dan menyatukan fikiran demi kepentingan bersama.

“Sama-sama kita berdoa agar kesatuan antara kita dan kestabilan yang terbentuk hasil permuafakatan semua akan memperteguhkan Kerajaan Perpaduan.

“Marilah kita bertekad untuk terus mempertahankan kerajaan ini kerana Kerajaan Perpaduan adalah wajah Malaysia yang sebenar,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu

ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN:19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian

ARTIKEL BERKAITAN:Dua pendekatan noktahkan kemiskinan tegar - Nancy

ARTIKEL BERKAITAN:Insurans Rahmah dilancar hujung bulan ini - Salahuddin