Gempa bumi kuat landa Sabah

Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 yang berlaku di perairan berhampiran bandar raya ini awal pagi Isnin, menyebabkan penduduk di beberapa daerah sekitar Sabah merasai gegaran.
Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 yang berlaku di perairan berhampiran bandar raya ini awal pagi Isnin, menyebabkan penduduk di beberapa daerah sekitar Sabah merasai gegaran.
A
A
A

KOTA KINABALU - Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 yang berlaku di perairan berhampiran bandar raya ini awal pagi Isnin, menyebabkan penduduk di beberapa daerah sekitar Sabah merasai gegaran.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku pada jam 12.57 pagi.

Pusat gempa dikesan pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer (km), kira-kira 49 km barat dari Kudat.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di negeri ini, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, penduduk sekitar Kota Kinabalu turut berkongsi pengalaman merasai gegaran selama beberapa saat menerusi media sosial.

Satu video yang tular di Facebook memaparkan situasi gegaran yang dirasai seorang penduduk ketika sedang berehat di rumah.

Tinjauan di ruangan komen Facebook MetMalaysia juga mendapati ramai warga maya berkongsi pengalaman masing-masing berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu turut melakukan rondaan di sekitar kawasan pusat bandar.

Artikel Berkaitan:

"Rondakan dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) susulan kejadian gempa bumi berkenaan.

"Pemeriksaan juga turut dilakukan di daerah lain seperti Putatan, Kudat dan lain-lain," katanya.

Ringkasan AI

  • Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 berlaku di perairan berhampiran Kota Kinabalu
  • Kejadian ini berlaku pada jam 12.57 pagi
  • Pusat gempa dikesan kira-kira 49 km barat dari Kudat
  • Tiada ancaman tsunami dikeluarkan
  • Penduduk sekitar Kota Kinabalu berkongsi pengalaman merasai gegaran di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!