Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

Anwar (tiga dari kanan) bersama wakil-wakil parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto SINAR HARIAN/Rosli Talib
Anwar (tiga dari kanan) bersama wakil-wakil parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto SINAR HARIAN/Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan yang terlibat dengan salah laku mahupun rasuah sepanjang enam bulan pentadbiran.

Jelas beliau, ia secara tidak langsung membuktikan ketekadan pentadbirannya dalam menolak sebarang kesalahan sedemikian.

“Kalau orang tanya apa hebatnya Kerajaan Perpaduan, saya jawab hebatnya kerana pasukan pimpinannya bertekad untuk hentikan kerosakan dan keruntuhan nilai hingga menyebabkan negara ini rugi serta dihina oleh dunia kerana amalan untuk memperkayakan diri serta menyalahgunakan kuasa.

“Ini kejayaan hebat orang di atas dan di bawah,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

Anwar menambah, kerajaan ketika ini menerima serangan yang tidak berasas daripada pembangkang, selain mereka menggunakan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dijadikan senjata politik.

Tegasnya, pendirian Kerajaan Perpaduan adalah cukup jelas untuk menolak segala budaya terdahulu yang menggondolkan khazanah negara.

“Perpaduan ini untuk apa? Ada orang bersatu untuk dapat kukuhkan dan menyelamatkan mereka. Ada yang bersatu untuk membolehkan mereka meneruskan cara-cara lama (rasuah), memunggah kekayaan dan khazanah negara untuk sanak-saudara.

“Kita bersatu untuk tinggalkan kekacauan dan kerosakan yang lama dan membentuk Malaysia baharu yang berteraskan Madani dan tamadun bagi bangsa serta negara.

“Enam bulan kita memerintah, terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Perpaduan kerana saudara bukan sahaja bersama dalam kerajaan, tetapi bersama dengan komitmen tegas dan keras untuk bina Malaysia Baharu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal