Fahami fungsi institusi beraja

Ketibaan Tengku Hassanal di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan disambut para pembesar dan rakyat jelata.
Ketibaan Tengku Hassanal di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan disambut para pembesar dan rakyat jelata.
A
A
A

KUANTAN - Rakyat terutama golongan muda perlu diberikan pendedahan yang lebih tentang institusi beraja, bukan sahaja maklumat mengenainya, bahkan menerapkan dalam kehidupan seharian.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ini kerana institusi beraja telah memainkan peranan yang sangat berkesan dalam pentadbiran negeri dan berfungsi sebagai sesuatu yang boleh melaksanakan konsep semak dan imbang dalam masyarakat.

Baginda berkata, contohnya dalam isu ICERD dan Statut Rom yang boleh dilihat mampu menggugat kedaulatan negara.

"Dalam masyarakat majmuk sebagaimana di Malaysia ini, institusi sangat berkesan dalam.usaha menyatupadukan rakyat. Bagi Melayu, institusi Raja adalah simbol masyarakat Melayu dan agama Islam dan bagi bukan Melayu pula, ia unsur penyatu.

"Di sini letaknya keperluan fleksibiliti dalam setiap usaha melaksanakan sesuatu dasar dan membuat penentuan tindakan. Walaupun terdapat perlembagaan negara, perlembagaan negeri yang secara teknikalnya dipayungi oleh Parlimen.

"Di peringkat negara wujud pula Majlis Raja-Raja, antara lain mempunyai kuasa memilih dan memecat Yang Di-Pertuan Agong. Di peringkat negara, Majlis Raja-Raja yang menjalankan fungsi semak dan imbang ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis Kolokium Diraja 'Daulat Tuanku' Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan kerjasama kerajaan Pahang di Pekan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rusdy Wan Ismail, Tengku Hassanal dan Sharkar melihat demonstrasi menggubah tanjak.
Dari kiri, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rusdy Wan Ismail, Tengku Hassanal dan Sharkar melihat demonstrasi menggubah tanjak.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, Kolokium Diraja 'Daulat Tuanku' tampil membincangkan 12 kertas kerja topik berkaitan institusi beraja yang menjadi tunggak utama sistem pemerintahan Melayu.

Menurutnya, antara tajuk yang dikupas ialah Daulat Tuanku, Sejarah Kesultanan Melayu Pahang, Peranan dan Keluarga Diraja Negeri Pahang dalam Membentuk Sosio Budaya Masyarakat, Raja Sebagai Payung /Penyatu Bangsa Melayu, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, Raja Menurut Perspektif Masyarakat Bukan Melayu di Malaysia, Sikap Parti Politik di Malaysia Terhadap Institusi Diraja, Adat Istiadat Diraja Pahang, Sejarah dan Peranan Kerabat Bergelar, Orang Besar Berempat.

Orang Besar Berlapan, Orang Besar Enam Belas, Orang Besar Raja dan Orang Besar Istana, Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang, Bahasa Istana dan Dasar Kolonial Sebagai Pemisah Hubungan Raja dengan Rakyat.

"Kolokium ini menghimpunkan ramai intelektual untuk membentangkan kertas kerja mereka yang akan kita bukukan untuk rujukan umum. Diharap dapat membantu masyarakat memahami bahawa sistem monarki yang diamalkan pada hari ini merupakan acuan daripada sistem pemerintahan masa silam.

"Tujuannya untuk mengkaji dan meneliti ilmu ketatanegaraan serta istiadat Raja Raja Melayu selain memberi kesedaran generasi baru tentang kepentingan mempertahankan institusi beraja," katanya.