Pemuda Pas Pahang anjur sambutan Hari Guru secara terbuka

Buat julung kalinya, sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPNP berlangsung secara ‘terbuka’ dihadiri guru-guru Pasti, Sriti, Smiti) dan MTIS seluruh Pahang.
Buat julung kalinya, sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPNP berlangsung secara ‘terbuka’ dihadiri guru-guru Pasti, Sriti, Smiti) dan MTIS seluruh Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Buat julung kalinya, sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas Pahang (DPPNP) berlangsung secara terbuka di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, sambutan itu merupakan satu kejayaan besar khususnya di peringkat sektor pendidikan DPPNP apabila mampu mengadakan program sedemikian secara terbuka di tengah-tengah masyarakat.

Menurutnya, sambutan itu dihadiri guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (Smiti) dan Maahad Tahfiz Al -Istiqamah (MTIS) seluruh Pahang.

"Bertemakan ‘Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani’ majlis ini khusus bagi meraikan para guru yang telah berkorban menyampaikan ilmu, mendidik anak-anak daripada peringkat awal sekolah hingga ke peringkat menengah.

"Enam kategori anugerah disampaikan kepada guru Pasti dan Sriti yang berjasa termasuk 'Anugerah Jasa Pendidik’ kepada para pendidik yang telah meninggal dunia," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Terdahulu beliau hadir ke majlis sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPNP yang dirasmikan Pengarah Jabatan Sriti Malaysia merangkap Exco Dewan Pemuda Pas, Azwan Ali Aziz.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang, Dr Firdaus Ismail, Pengarah Sriti Pahang, Muhammad Shukri Shuib dan Ketua Pengarah Sektor Pendidikan DPPNP, Khairul Nizam Che Mustofai.

Mohd Zarimi berkata, kemuncak acara adalah penganugerahan Tokoh Guru Pasti 2024 yang dianugerahkan kepada Muallimah Nurul Ainon Mardiah Abdul Ghani dari Pasti al- Mustaqim, Bera.

Artikel Berkaitan:

"Kita harapkan semoga para guru terus bertekad berjuang mendidik anak bangsa bagi melahirkan pejuang-pejuang agama ALLAH pada masa hadapan, insya-ALLAH," katanya.