Empat negeri catat cuaca panas Tahap 1

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas di empat negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas di empat negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di empat negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Agensi itu memaklumkan, terdapat dua kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Kuala Krai, Kelantan dan Temerloh di Pahang.

Selain itu satu kawasan di Sabah iaitu Kinabatangan dan Mukah (Sarawak) turut mengalamai cuaca panas Tahap 1.

"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 49 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!