Pramugari MAS meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo

Norzana dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bertugas di Tokyo. Foto Facebook A Fly Guy's Cabin Crew Lounge
Norzana dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bertugas di Tokyo. Foto Facebook A Fly Guy's Cabin Crew Lounge
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Memetik laporan The Star, syarikat penerbangan tersebut memaklumkan anak kapal kabin itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Ketika kejadian, Norzana dilapor sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

"Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

"Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana," katanya pada Isnin.

Sebelum itu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

"Dengan rasa sedih kami melaporkan kehilangan tragis seorang kru kabin Malaysia Airlines pagi ini.

"Anggota kru Norzana Hanim Hamzah sedang singgah di Tokyo dan meninggal dunia di hotel kru sebelum mengambil penerbangan pulang ke Malaysia, menurut sumber rangkaian kami.

Artikel Berkaitan:

"Punca kematian masih belum disahkan tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH tidak menolak kemungkinan dia terjatuh ketika sedang bersiap sedia untuk penerbangan pulang (ke Malaysia)," katanya.

Laman media sosial itu dalam masa sama turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat keluarga dan sahabat anak kapal tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!