'Teresa jangan sebut nama saya' - Ka Siong

Tangkap layar hantaran Ka Siong menerusi Facebook pada Isnin.
Tangkap layar hantaran Ka Siong menerusi Facebook pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengingatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok supaya tidak mengaitkan dirinya dengan isu ugutan bunuh yang diterima pemimpin DAP itu.

Beliau mendakwa, ia berikutan terdapat laporan media yang menyatakan Teresa telah menyebut namanya dalam isu tersebut.

"Teresa, jangan sebut nama saya sesuka hati sebab saya memang tidak suka, lebih-lebih lagi berkaitan kes serius ini.

"Mesej ugutan berserta dengan peluru yang dihantar kepada kamu sangat teruk penggunaan bahasa Melayunya. Mana mungkin bahasa Melayu saya seteruk itu?

"Kalau saya marah dengan kamu dan terpaksa menghantar sesuatu, maka saya pasti akan menghantar dua botol minyak sawit buatan Malaysia untuk 'mencerdikkan' kamu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP itu menerima kertas ugutan bunuh dan menganggap kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal.

Menurut Teresa, susulan daripada kejadian itu beliau membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan pihak berkuasa telah datang ke bahagian peti surat di kondominium tersebut untuk menjalankan pemeriksaan.

Mengulas lanjut, Ka Siong turut mengingatkan agar membiarkan pihak polis menjalankan siasatan tanpa menyebut mana-mana nama berikutan laporan yang sudah dibuat.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun kamu dah buat laporan polis, biar polis siasat dan ambil tindakan. Kenapa nak sebut nama saya lagi?" soalnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!