Perketat kawalan keselamatan di 142 balai, pondok polis

Yahaya
Yahaya
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang mengambil langkah proaktif dengan memperketat kawalan keselamatan di 96 balai dan 46 pondok polis di seluruh negeri dalam usaha mengekang sebarang kemungkinan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ia susulan serangan terbaru di Balai Polis Dato Keramat, George Town pada Ahad.

"Saya telah mengarahkan semua ketua polis daerah untuk memastikan balai-balai dalam keadaan siap siaga dari segi keselamatan.

"(Malah perkara itu) kita perlu dititikberatkan dan pertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada hari sama

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia 35 tahun itu juga cuba menyerang anggota terbabit dengan topi keledar hingga berlaku pergelutan antara mereka

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berkenaan yang di bawah pengaruh alkohol datang ke balai terbabit sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan mengarahkan anggota berkenaan membuka pagar.

Pada Jumaat, serangan berlaku di Balai Ulu Tiram, Johor Bahru menyebabkan dua anggota polis terkorban dan seorang cedera.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, 24 dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, terkorban dalam insiden serangan kira-kira jam 2.45 pagi.

Turut terkorban suspek berusia 21 tahun.

Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan ditetak, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!