Kilang proses minyak sawit di Pasir Gudang terbakar

Enam tingkat yang menempatkan plant di sebuah bangunan kilang dalam Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pasir Gudang terbakar pada Isnin
Enam tingkat yang menempatkan plant di sebuah bangunan kilang dalam Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pasir Gudang terbakar pada Isnin
A
A
A

PASIR GUDANG - Tempat memproses minyak sawit menjadi wap di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini terbakar pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Pegawai Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran itu yang membabitkan tingkat satu hingga enam pada jam 1.59 tengah hari.

"Bangunan itu mempunyai 10 tingkat secara keseluruhan. Ketika kejadian plant sedang memproses 15 tan minyak sawit dengan isi padu penuh 300 tan.

"Kebakaran tidak membabitkan sebarang mangsa. Kebakaran bermula dari tingkat satu hingga merebak ke tingkat enam.

"Api cepat merebak kerana membabitkan bahan minyak yang berisiko, namun berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Sarhan, seramai 22 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!