'Sudah jelas apa sepatutnya kita jauhi'

Ahmad Sanusi (kanan) semasa menjadi salah seorang panel bagi program Di Sebalik Isu bersama FY yang bertajuk PrEP Buat Komuniti Songsang Lega@Bencana? yang disiarkan di platform Sinar Harian.
Ahmad Sanusi (kanan) semasa menjadi salah seorang panel bagi program Di Sebalik Isu bersama FY yang bertajuk PrEP Buat Komuniti Songsang Lega@Bencana? yang disiarkan di platform Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) secara percuma kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan menjauhkan mereka daripada larangan Islam khususnya terhadap perbuatan songsang itu.

Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, inisiatif tersebut dilihat mengikut cara barat dan belum pasti sejauh mana keberkesanannya.

"Apa yang pasti daripada tindakan itu, masyarakat semakin jauh dari agama sedangkan di dalam al-Quran sudah digariskan perkara-perkara yang boleh menyelamatkan diri.

"ALLAH sudah cerita dengan jelas apa yang sepatutnya kita perlu jauhi untuk selamatkan diri. Sekarang, kita membolehkan perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam berlaku di negara dan akhirnya akan membinasakan diri," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa menjadi salah satu ahli panel bagi program Di Sebalik Isu bersama FY yang bertajuk PrEP Buat Komuniti Songsang Lega @ Bencana? yang disiarkan di platform Sinar Harian.

Antara panelis lain yang terlibat ialah Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga Universiti Teknologi Mara (UITM), Profesor Dr Anis Safura Ramli; Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Gender Dysphoria Flagship Leader, Kuliah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Samsul Draman.

Tambah Ahmad Sanusi, masyarakat Islam sebenarnya akan lebih maju ke hadapan sekiranya berada di landasan yang betul.

"Kita boleh ke hadapan namun sayang diterbalikkan cara berpikir dan mencorak pemikiran yang salah.

Artikel Berkaitan:

"Sanggupkah kita menjatuhkan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan statistik penurunan HIV yang cantik," jelasnya.