Niat kurangkan 'screen time', tangan anak pula jadi kanvas

Gelagat Khayla yang mewarnakan tangan dan kakinya mencuit hati ramai.
Gelagat Khayla yang mewarnakan tangan dan kakinya mencuit hati ramai.
A
A
A

SHAH ALAM – Niat seorang ibu untuk mengurangkan masa penggunaan telefon pintar anak bertukar menjadi momen lucu apabila si kecil bertindak ‘kreatif’ sehingga hampir seluruh tangan dan kakinya dipenuhi cat air.

Noreen Ismail, 37, berkata, kejadian berlaku ketika aktiviti hujung minggu di rumah ibu mentuanya di Melaka, kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, setiap kali mahu mengurangkan masa skrin, anaknya, Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang berusia 4 tahun pasti akan meminta permainan atau aktiviti lain untuk dilakukan.

“Dia memang minat dan suka explore dengan warna. Kebetulan masa itu mak mentua saya beri dia main cat air untuk conteng di atas buku.

“Pada mulanya dia guna berus, tapi lepas itu mula celup tangan dan buat cop tangan atas buku,” katanya berkongsi cerita.

Tambahnya, keadaan menjadi lebih ‘meriah’ apabila Khayla tiba-tiba duduk di bawah meja dan mula menyapu hampir keseluruhan tangan serta kakinya dengan cat air.

“Saya masa tu sedang buat kerja lain dan tak beri sepenuh perhatian. Bila perasan dia dah duduk bawah meja, saya terus sergah sebab takut dia warna sekali muka,” katanya.

Khayla yang pernah menjalani pemindahan hati pada 2024 bersama keluarganya.
Khayla yang pernah menjalani pemindahan hati pada 2024 bersama keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Walaupun situasi itu mencuit hati, ibu tersebut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya yang kini semakin aktif dan ceria.

Menurutnya, April ini genap hampir dua tahun Khayla menjalani pembedahan pemindahan hati.

“Alhamdulillah, walaupun pernah melalui fasa penolakan hati sebanyak dua kali, semangat dia untuk terus sihat memang kuat.

“Sekarang pun dia dah mula masuk sekolah,” ujarnya yang tidak menyangka kisah 'kreatif' Khayla itu mendapat perhatian ramai.

Khayla sebelum ini disahkan menghidap Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati selamat menjalani pemindahan hati di Hospital Renji, China pada 2024 selepas dana RM250,000 berjaya dikumpulkan.

Ringkasan AI

  • Seorang ibu mengurangkan masa penggunaan telefon pintar anak dengan mengalihkan perhatian kepada aktiviti melukis
  • Nur Khayla Azzahra, berumur 4 tahun, menjadikan hampir seluruh tangan dan kakinya berwarna-warni dengan cat air
  • Insiden ini berlaku di rumah neneknya di Melaka ketika aktiviti hujung minggu
  • Khayla mempunyai minat yang kuat dalam meneroka warna, yang awalnya bermula dengan menggunakan berus sebelum beralih kepada melukis dengan tangan dan kaki
  • Khayla menjalani pembedahan pemindahan hati setelah menghidap Biliary Atresia dan kini sudah mula bersekolah dengan semangat kesihatan yang baik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!