Kalimah ALLAH: NGO Islam dijangka berhimpun di Shah Alam

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) Islam dijadualkan mengadakan demonstrasi bagi membantah keputusan kerajaan menarik balik rayuan di mahkamah berhubung penggunaan kalimah ALLAH pada Jumaat.
Perkara itu dikongsi menerusi ciapan HarakahDaily di laman Twitter portal berkenaan pada Khamis.
Menurut portal itu, demontrasi anjuran NGO Ummah dan NGO Islam lain itu dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat di pekarangan parkir Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Seksyen 14, Shah Alam.
"Demontrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah 'ALLAH'. Masa selepas solat Jumaat, 19 Mei 2023 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Seksyen 14, Shah Alam," ciap HarakahDaily.