10 tapak tanah dikenal pasti biaya kos Kompleks Sukan Shah Alam

Lakaran Kompleks Sukan Shah Alam. Amirudin
Lakaran Kompleks Sukan Shah Alam. Amirudin
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan Selangor mengenal pasti lebih 10 pilihan tapak tanah di negeri ini sebagai proses penggantian tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemaju masih dalam proses penelitian termasuk nilai tanah yang perlu bersesuaian dengan kos keseluruhan kompleks berkenaan.

Menurut beliau, proses penggantian itu tidak semestinya dilakukan secara sekali gus namun secara berperingkat.

"Kita sudah membuat tawaran (tanah itu) dan kini dalam proses akhir untuk memuktamadkannya," katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Smart Desa di Kampung Sungai Air Tawar di sini pada Jumaat.