Polis giat buru suspek ragut di Seksyen 15, Shah Alam

Mohd Iqbal
Mohd Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat mengesan dan memburu suspek berhubung kejadian ragut di Seksyen 15, Shah Alam pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya mengambil maklum kejadian tersebut setelah tular di media sosial.

Menurutnya, pemilik akaun Facebook bernama Shah Mongoose telah memuat naik kejadian ragut di hadapan balai bomba Seksyen 15 Shah Alam dan ia menjadi tular.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita yang merupakan mangsa berumur 37 tahun menyatakan ketika menunggang motosikal bersama anak lelakinya menuju ke arah bandar Shah Alam, mangsa telah dihampiri sebuah motosikal.