PRU15: Tuduhan tidak salur peruntukan tidak berasas

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA SELANGOR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan dakwaan penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad yang kerajaan tidak menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sepanjang 2020 dan 2021.

Tengku Zafrul berkata, dakwaan itu dianggap fitnah dan tuduhan tidak berasas kerana kementeriannya telah meluluskan penyaluran sebanyak RM300,000 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang seperti Dr Dzulkefly di bawah program Bakul Makanan Nasional.

Ujar beliau, sebanyak RM600,000 pula telah disalurkan kepada ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik pada Oktober tahun lalu.

"Ini bermakna pada tahun lalu, sebanyak RM900,000 telah disalurkan kepada (ahli Parlimen (pembangkang) dan Parlimen Kuala Selangor," katanya dalam satu video dikongsi beliau di Facebook pada Jumaat.

Jelas Tengku Zafrul, peruntukan disalurkan kepada ahli Parlimen pembangkang bukanlah jumlah kecil, malah penyaluran peruntukan itu diteruskan pada tahun ini.

"Sebanyak RM800,000 telah disalurkan pada bulan Januari tahun ini kepada semua ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani memorandum ini," katanya.

Tengku Zafrul yang juga calon BN Parlimen Kuala Selangor memberitahu, beliau kecewa dengan tuduhan dan fitnah bekas Menteri Kesihatan yang turut bertanding mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan.

"Sepanjang berkempen, saya sentiasa menekankan bahawa kita perlu berkempen secara bersih dengan menunjukkan kepada pengundi apa yang mampu kita bawa demi kesejahteraan penduduk Kuala Selangor dan bukannya dengan menabur fitnah serta memburukkan calon lawan.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, saya sangat kecewa apabila Dr Dzulkefly membuat dakwaan menerusi sebuah portal berita," kata beliau.

Pada Khamis, portal terbabit melaporkan, Dr Dzulkefly mendedahkan Menteri Kewangan tidak menurunkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sepanjang 2020 dan 2021.

Dr Dzulkefly dalam laporan berita terbabit turut mempersoal matlamat pesaingnya Tengku Zafrul daripada BN untuk menjaga kebajikan penduduk di sini.

Selain Dr Dzulkefly dan Tengku Zafrul, saingan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada PRU15 turut menyaksikan dua lagi saingan iaitu calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuan), Mohd Shaid Rosli dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN-Pas) pada PRU15.