10 usul daya tahan perubahan iklim

COCOTECH 2022 bertemakan ‘Climate Change Adaptation and Mitigation Strategy for a Resilient and Sustainable Coconut AgroIndustry’ berlangsung selama empat hari bermula Isnin lepas di KLCC.
COCOTECH 2022 bertemakan ‘Climate Change Adaptation and Mitigation Strategy for a Resilient and Sustainable Coconut AgroIndustry’ berlangsung selama empat hari bermula Isnin lepas di KLCC.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 10 usul disenaraikan hasil daripada pembentangan Persidangan dan Pameran Cocotech Antarabangsa ke-50 tahun 2022 (COCOTECH 2022) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada Khamis, usul itu termasuk melaksanakan dasar-dasar dan program yang sesuai bagi mendepani daya tahan perubahan iklim.

Selain itu katanya, mengadaptasi strategi amalan agronomi yang berdaya tahan dengan sebarang perubahan iklim selain strategi pembangunan genetik yang berdaya tahan dengan perubahan iklim.

COCOTECH 2022 yang bertemakan ‘Climate Change Adaptation and Mitigation Strategy for a Resilient and Sustainable Coconut AgroIndustry’ yang berlangsung selama empat hari bermula Isnin lepas itu berjaya menarik 400 peserta dari seluruh negara.

Seramai 400 peserta itu terdiri daripada delegasi negara-negara ahli dan bukan ahli di bawah International Coconut Community (ICC) serta pakar-pakar tanaman kelapa dari seluruh dunia.

Menurutnya, mereka yang menyertai persidangan itu mendapat pelbagai manfaat hasil perkongsian merentasi 20 negara anggota ICC dari seluruh dunia.

COCOTECH 2022 yang bertemakan ‘Climate Change Adaptation and Mitigation Strategy for a Resilient and Sustainable Coconut AgroIndustry’ berjaya menarik 400 peserta dari seluruh negara.
COCOTECH 2022 yang bertemakan ‘Climate Change Adaptation and Mitigation Strategy for a Resilient and Sustainable Coconut AgroIndustry’ berjaya menarik 400 peserta dari seluruh negara.

“Selain itu, ia menjadi platform terbaik untuk bertukar idea dan amalan terbaik untuk lebih memahami isu dan cabaran yang dihadapi industri kelapa.

Artikel Berkaitan:

“Persidangan itu juga memberi peluang kepada semua ahli dan anggota ICC serta pemain industri untuk bertemu dan menjalinkan jaringan kerjasama demi manfaat bersama,” katanya.

Untuk rekod, produktiviti tanaman kelapa di Malaysia menduduki tangga yang ketujuh di dunia selepas Vietnam, India dan Sri Lanka.

Katanya, industri kelapa merupakan antara tiga industri penting menyumbang kepada sosioekonomi Malaysia dengan anggaran seramai 65,340 keluarga tani terlibat dalam penanaman kelapa.

“Tanaman kelapa merupakan komoditi utama di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan padi.

“Pada tahun 2020, keluasan penanaman kelapa adalah 84,942 hektar dengan pengeluaran sebanyak 536 juta biji yang menyumbang kepada produktiviti 6,317 biji perhektar,” jelasnya.

Menurut MAFI, pihaknya melalui Jabatan Pertanian memberi tumpuan kepada empat varieti kelapa berhasil tinggi iaitu kelapa hibrid matag, kelapa rendah seperti ‘Malayan Yellow Dwarf’ (MYD), ‘Malayan Red Dwarf’ (MRD) dan kelapa pandan bagi meningkatkan pengeluaran kelapa di Malaysia.

“Ini adalah bagi memastikan pengeluaran kelapa meningkat walaupun kawasan penanaman kelapa terhad.

“Kerajaan melalui MAFI sentiasa komited dalam mengukuhkan lagi kerjasama di peringkat antarabangsa bagi terus meningkatkan daya tahan industri kelapa,” ujarnya.