'Tokan' dadah diberkas

Mohamad Fakhrudin (tiga dari kanan) menunjukkan peket dan bungkusan dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin yang dirampas menerusi serbuan pada Ahad lalu.
Mohamad Fakhrudin (tiga dari kanan) menunjukkan peket dan bungkusan dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin yang dirampas menerusi serbuan pada Ahad lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis berjaya merampas dadah berjumlah 11.5 kilogram (kg) jenis ketamin bernilai RM611,515 menerusi serbuan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi pembungkusan dadah secara pukal di Jalan Persiaran You City, Cheras pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki warga tempatan berusia 34 tahun ditahan apabila berada dalam mencurigakan di sebuah kereta jenis Proton Saga BLM di tepi Jalan Gasing di sini.

"Lelaki yang bekerja sebagai pembeli peribadi itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang.

"Hasil pemeriksaan dijalankan menemui beberapa bungkusan dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin.

"Antara yang ditemui adalah satu beg berwarna kuning mengandungi tiga peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis ketamin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.

Polis turut merampas sebuah kereta, wang tunai sebanyak RM600 dan satu beg silang mengandungi kad pengenalan, kad akses dan beberapa barangan milik lelaki terbabit.

Kata Mohamad Fakhrudin, siasatan lanjut kemudian membawa kepada satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Persiaran You City, Cheras kira-kira jam 5.18 petang.

"Antara yang dirampas adalah dua peket plastik berwarna merah dan hitam seberat lima kilogram dan lima peket plastik mengandungi dadah jenis ketamin.

Artikel Berkaitan:

Antara paket dan bungkusan dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin yang dirampas menerusi serbuan pada Ahad lalu.
Antara paket dan bungkusan dipercayai mengandungi dadah jenis ketamin yang dirampas menerusi serbuan pada Ahad lalu.

"Selain itu, turut dirampas adalah peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah seperti alat penimbang, mesin pembungkusan vakum, bekas plastik, acuan plastik dan pelbagai peralatan lain," katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mendapati suspek merupakan pengedar dadah secara besar-besaran.

"Suspek ini menjual dadah dalam kuantiti yang banyak berdasarkan rampasan yang dijalankan.

"Suspek dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah ini sejak enam bulan lalu," jelasnya.

Ujar Fakhrudin, semakan rekod mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah.

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada terdapat individu lain terlibat bersama suspek menjalankan aktiviti pengedaran dadah ini.

"Siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah diperoleh suspek," katanya.

Tambahnya, suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.