PDRM kejutkan Sabah di Petaling Jaya

Antara aksi menarik perlawanan Liga Super PDRM menentang Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Khamis. - Foto Facebook Liga Bolasepak Malaysia
Antara aksi menarik perlawanan Liga Super PDRM menentang Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Khamis. - Foto Facebook Liga Bolasepak Malaysia
A
A
A

PDRM FC membuka kempen pusingan kedua Liga Super dengan momentum positif dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Khamis.

The Cops mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Sabah FC 1-0 hasil jaringan separuh masa pertama Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-26.

Sebagai rekod, The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz sebelum ini mengejutkan Selangor FC kendalian Tan Cheng Hoe, 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 3 Jun lalu.

Sebelum itu, PDRM menang bergaya 4-1 ke atas kelab bermasalah Kelantan FC kendalian Frank Bernhardt di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 23 Mei lalu.

Kemenangan tipis 1-0 ke atas The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee tersebut sekali gus menebus kekalahan aksi pusingan pertama sebelum ini.

Sebagai rekod, Sabah menewaskan PDRM 4-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Likas pada 25 Februari lalu.

Gol The Rhinos dijelmakan Saddil Ramdani (m-13, m-71), Taesu Park (m-37) dan Stuart John Wilkin (m-93).