RMS tunggang vespa ketika Program Jelajah Kuala Langat

Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli dengan menunggang motosikal vespa ketika Program Jelajah Daerah Kuala Langat, baru-baru ini.
Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli dengan menunggang motosikal vespa ketika Program Jelajah Daerah Kuala Langat, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli dengan menunggang motosikal vespa ketika Program Jelajah Daerah Kuala Langat, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Selangor Royal Official berkata, baginda turut berkenan menunggang motosikal ke kilang pembuatan kerepek di Morib.

Menurut kenyataan tersebut, baginda seterusnya singgah menikmati suasana petang dan kemudahan terkini di Pantai Morib.

“Pada jelajah selama tiga hari itu, baginda dan rombongan melawat ke Taman Rekreasi Paya Bakau di Sijangkang untuk melihat sendiri perusahaan madu kelulut.

“Baginda kemudiannya menyertai acara memanah tradisional sebelum menikmati hidangan makanan laut popular di Pulau Carey," katanya.

Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli dengan menunggang motosikal vespa ketika Program Jelajah Daerah Kuala Langat, baru-baru ini.
Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli dengan menunggang motosikal vespa ketika Program Jelajah Daerah Kuala Langat, baru-baru ini.

Katanya, pada hari kedua, Raja Muda turut berkenan melawat ke Muzium Insitu, sekitar Bukit Jugra dan juga Istana Bandar serta menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Diraja Sultan Alaeddin Jugra.

Pada hari terakhir jelajah, baginda berkenan mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat dan menyempurnakan perasmian semula laluan mendaki di gunung berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Lawatan tersebut turut disertai Orang-orang Besar Istana yang terdiri daripada Engku Maharajalela Setia Paduka Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail; Tengku Indera Bijaya Diraja Tengku Salahuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Musahiddin Shah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj.

Hadir sama, Engku Panglima Setia Diraja Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Alhaj Syed Anwar Jamalullail; Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj dan Tengku Saifan Rafhan Putra Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.