Kelantan guna dron tabur baja, racun pertanian

Tuan Mohd Saripudin (tengah) ketika melawat ke ladang cili hijau di Kuala Krai baru-baru ini. (Gambar kecil: Tuan Mohd Saripudin. - Foto Media Sosial)
Tuan Mohd Saripudin (tengah) ketika melawat ke ladang cili hijau di Kuala Krai baru-baru ini. (Gambar kecil: Tuan Mohd Saripudin. - Foto Media Sosial)
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menggunakan 100 unit dron untuk menabur baja dan menyembur racun serangga bagi membantu meningkatkan hasil sektor pertanian di negeri ini selaras dengan Teknologi Evolusi Industri 4.0

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sebanyak 80 unit dron dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) manakala dua dalam usaha penggunaan Jabatan Pertanian negeri Kelantan.

Tambah beliau, satu dron besar milik kumpulan pertanian serta selebihnya untuk kegunaan petani.

“Petani akan menjalani kursus mengendalikan supaya mereka menerima lesen dan mahir mengendalikan dron.Teknologi ini merupakan yang terbaik untuk meningkatkan hasil pertanian,” katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 Penggal Kelima, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Mohd Syahbuddin Hashim (Barisan Nasional- Galas).

Tuan Mohd Saripudin berkata, usaha pendigitalan sektor pertanian menggunakan aplikasi dron itu dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, baja dan racun pada tanaman serta menjimatkan kos.

“Terdapat beberapa kaedah yang diamalkan dalam sektor ini iaitu 'Internet of Thing' yang membolehkan penyambungan peranti kepada rangkaian internet yang mampu mengawal suhu atau kelembapan, pH (Potential of Hydrogen) tanaman, proses pembajaan dan meracun melalui telefon pintar.

Artikel Berkaitan:

“Langkah ini sangat membantu petani yang mengusahakan projek pertanian yang berskala besar,” katanya.