Kor Ming santuni warga KPKT sempena Tahun Baharu Cina

Kor Ming (tiga dari kanan) turut mengagihkan 500 kotak limau mandarin kepada warga kementerian bagi menyuntik keceriaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kerja dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.
Kor Ming (tiga dari kanan) turut mengagihkan 500 kotak limau mandarin kepada warga kementerian bagi menyuntik keceriaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kerja dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini meluangkan masa menyantuni warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Majlis Sentuhan Kasih Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Majlis itu diadakan sebagai simbolik kepada semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya yang menjadi teras kekuatan negara.

KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan Kor Ming turut mengagihkan 500 kotak limau mandarin kepada warga kementerian bagi menyuntik keceriaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kerja dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.

"Dalam ucapan ringkasnya, menteri menegaskan bahawa kepelbagaian budaya dalam organisasi kerajaan adalah kekuatan utama dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Di KPKT, setiap perayaan disambut dengan semangat kebersamaan demi menjalinkan silaturahim yang lebih erat serta memperkukuh semangat persaudaraan sesama warga kerja tanpa mengira latar belakang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Kor Ming turut menyeru warga kementerian agar menghayati simbolik Tahun Kuda yang melambangkan keberanian dan kegagahan dengan menterjemahkannya melalui ketekunan serta dedikasi tinggi dalam melaksanakan amanah kepada rakyat. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyantuni warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Majlis Sentuhan Kasih Muhibah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026
  • Majlis itu simbolik semangat perpaduan, keharmonian, dan kepelbagaian budaya
  • Nga mengagihkan 500 kotak limau mandarin kepada warga kementerian untuk menyuntik keceriaan dan mengeratkan silaturahim
  • Kepelbagaian budaya dalam organisasi kerajaan ditekankan sebagai kekuatan utama
  • Nga menyeru warga kementerian menghayati simbolik Tahun Kuda, melambangkan keberanian dan kegagahan melalui ketekunan dan dedikasi tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!