Hari Kebangsaan: Kelantan guna tema sama kerajaan Pusat

Mohamed Fadzli (duduk,kanan) semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama di Kota Darulnaim pada Rabu.
Mohamed Fadzli (duduk,kanan) semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama di Kota Darulnaim pada Rabu.
A
A
A
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kelantan akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menggunakan tema Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

"Bagaimanapun... pihak kami meletakkan Membangun Bersama Islam di belakangnya sebagai tagline," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama pada Penggal ke-15 di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Menurut beliau, tema bagi sambutan Hari Kebangsaan Kelantan ialah Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam.

Ujarnya, sambutan pada tahun ini sedikit berbeza iaitu diadakan pada 30 Ogos malam bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Mohamed Fadzli memberitahu, tiada sambutan pada sebelah pagi 31 Ogos sebagaimana kebiasaan.

"Tahun ini juga kita akan adakan persembahan bunga api luar dari kebiasaan.

"Program akan bermula seawal jam 6.30 petang dengan 'Kelantan Berselawat', kemudian untuk acara perbarisan dan perarakan akan diadakan di dalam stadium," katanya.

Beliau menjemput semua rakyat untuk hadir meraikan sambutan di ambang kemerdekaan itu bersama dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: