Perolehan LCS perlu diteruskan, ada keperluan TLDM

Kapal tempur pesisir pantai merupakan satu keperluan kepada TLDM. - Gambar hiasan/(Gambar kecil: Mohd Reza)
Kapal tempur pesisir pantai merupakan satu keperluan kepada TLDM. - Gambar hiasan/(Gambar kecil: Mohd Reza)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang tergendala perlu diteruskan berikutan terdapat keperluan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, kerajaan perlu membuat keputusan segera berikutan TLDM sudah lama menantikan aset tersebut untuk kegunaan mereka.

"LCS sebagai mana kita tahu, syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) ada masalah sedikit.

"Kita harap kerajaan buat keputusan sebelum hujung bulan ini sama ada mahu meneruskan projek ini atau tidak. Tetapi TLDM berpandangan projek berkenaan perlu diteruskan berikutan sudah lama sangat kita tunggu," katanya ketika ditemui pemberita di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 di sini pada Isnin.

Pada 25 Januari lalu, SPRM mengesahkan dua orang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang terlibat dalam projek tersebut ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Difahamkan, penahanan itu dibuat selepas SPRM berjaya menemui petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam buah kapal LCS yang dilaksanakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Sebelum ini, SPRM menerima aduan berhubung projek pembinaan enam buah kapal LCS tersebut susulan kegagalan pihak yang berkenaan untuk menyerahkan kapal itu mengikut tempoh ditetapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, LCS pertama sepatutnya diterima TLDM pada April 2019 dan bayaran sebanyak RM6 bilion juga telah dibuat.

Artikel Berkaitan: