Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang

Kapal China PLA Navy Ship ETG162 yang berlabuh di Port Klang Cruise Terminal selama tiga hari bermula semalam. - Foto Bernama.
Kapal China PLA Navy Ship ETG162 yang berlabuh di Port Klang Cruise Terminal selama tiga hari bermula semalam. - Foto Bernama.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Kapal Tentera Laut China ETG162 berlabuh di Pelabuhan Klang di sini semalam untuk lawatan tiga hari di negara ini.

Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.

Kapten Kanan Tentera Laut China Zhao Lang dalam ucapannya berkata, lawatan kapal itu menunjukkan sepenuhnya kepentingan hubungan dua hala antara China dan Malaysia yang berada di tahap tinggi dan kukuh.

Beliau berkata, sejak kapal pertama Tentera Laut China tiba di negara ini, mereka telah menjalani pelbagai aktiviti seperti latihan bersama dan menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).

Pada majlis resepsi di atas kapal ETG162 itu hari ini para tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan kebudayaan Cina. - Bernama.

Artikel Berkaitan: