Hasrat timang anak sulung tak kesampaian, isteri hamil maut rumah terbakar

Irfan tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di hadapan rumahnya terbakar di Taman Damai Jaya, Skudai pada Selasa.
Irfan tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di hadapan rumahnya terbakar di Taman Damai Jaya, Skudai pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang terkilan hasratnya untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila isterinya maut dalam kebakaran rumah di  Taman Damai Jaya, Skudai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, turut meninggal dunia adalah rakan pasangan itu, Mohd Shahrizal Yap, 22, yang menumpang di rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.

Irfan Ibrahim berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di sebuah kilang di Gelang Patah, Iskandar Puteri.

"Isteri saya Wan Norhairani Wan Norzaini, 21, sedang mengandung tiga bulan selepas kami mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

"Saya kerja syif malam, dalam jam 6 pagi saya terima panggilan daripada keluarga beritahu rumah kami terbakar.

"Saya bergegas balik, sampai rumah dalam jam 7 pagi, tengok api dah padam dan bomba serta polis dah sampai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Selasa.

Irfan melihat keadaan sekitar rumah yang musnah terbakar di Taman Damai Jaya Skudai.
Irfan melihat keadaan sekitar rumah yang musnah terbakar di Taman Damai Jaya Skudai.

Irfan memberitahu, dia dan isteri sudah setahun tinggal di rumah berkenaan yang juga rumah milik keluarga isterinya.

Artikel Berkaitan:

"Isteri saya asal dari Kuantan, Pahang. Ini kira rumah ibu mentua saya, kami tinggal di sini.

"Bila jadi kejadian seperti ini, perasaan saya bercampur-baur. Perasaan asal saya gembira nak timang anak tetapi ini yang berlaku. Sedih memang sedih tetapi sudah takdir, saya reda.

"Shahrul asal Sarawak, baru duduk sini dua bulan selepas berhenti kerja, dia menumpang sebab tiada rumah dan tiada siapa di sini.

"Kami bertiga dulu kerja satu tempat kerja tapi sekarang Shahrul dan isteri dah tak kerja," katanya.

Keadaan sekitar rumah yang musnah terbakar di Taman Damai Jaya Skudai.
Keadaan sekitar rumah yang musnah terbakar di Taman Damai Jaya Skudai.

Sementara itu, jiran mangsa, Taminah Bakir, 61, berkata, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar barang jatuh dari rumah mangsa pada kira-kira jam 5.20 petang.

"Saya terus bergegas keluar rumah buat pemeriksaan dan tengok api sudah marak sebelum memanggil jiran-jiran yang lain untuk membantu memadam kebakaran.

"Kami cuba padamkan api dengan menggunakan paip getah dari air pili tetapi kami tak boleh berbuat apa-apa sebab api marak terlalu cepat," katanya.

Sebelum itu, media melaporkan seorang lelaki dan seorang wanita maut dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat itu, awal pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

Beliau berkata, kebakaran itu mengorbankan dua individu iaitu seorang wanita berusia 21 tahun dan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penyewa bilik di rumah berkenaan.

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja kilang kehilangan isteri yang mengandung dalam kebakaran rumah di Taman Damai Jaya, Skudai
  • Isteri pekerja kilang itu, Wan Norhairani Wan Norzaini, sedang mengandung tiga bulan
  • Kebakaran berlaku kira-kira jam 5 pagi dan turut meragut nyawa rakan, Mohd Shahrizal Yap
  • Irfan Ibrahim, suami mangsa, ketika itu sedang bekerja syif malam di Gelang Patah
  • Rumah yang terbakar adalah milik keluarga isteri dan mereka sudah setahun menetap di situ

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!